SHAH ALAM, 27 DIS : Lebih 400 individu menyertai sukarelawan Team Selangor bagi melaksanakan aktiviti bergotong-royong di kawasan terjejas banjir setakat semalam, kata ketua sekretariatnya.
[caption id="attachment_502096" align="alignleft" width="245"] Ketua Sekretariat Team Selangor Syahaizel Keman. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]
Syahaizel Keman berkata penyertaan masih dibuka dan mereka yang berminat perlu mempunyai minat tinggi dalam aktiviti kesukarelawanan serta sihat tubuh badan.
"Team Selangor turut menerima penyertaan sukarelawan daripada pasukan Selangor FA dan Selangor FC. Kita mengalu-alu lagi penyertaan orang awam untuk bersama membantu mangsa banjir," katanya.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasukan sukarelawan turut mengagihkan bantuan awal kepada mangsa.
[caption id="attachment_502097" align="aligncenter" width="500"]
Sukarelawan Team Selangor bergotong-royong membersihkan kawasan dilanda banjir di Kampung Lombong, Shah Alam pada 26 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]