ad
AGENDA

KDEBWM angkut 2,077 tan metrik sampah pascabanjir

26 Dis 2021, 2:07 PM
KDEBWM angkut 2,077 tan metrik sampah pascabanjir

SHAH ALAM, 26 DIS: KDEB Waste Management (KDEBWM) menjalankan kerja pembersihan pascabanjir di kawasan terjejas sekitar negeri ini dengan mengangkut 2,077 tan metrik setakat 9 malam tadi.

Menerusi Facebook, agensi itu memaklumkan pihaknya akan memastikan perkhidmatan disediakan dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.

"Sehingga 9 malam ini (tadi), sebanyak 2,077 tan metrik sampah pascabanjir telah dikutip menggunakan 336 lori RORO  (roll-on-roll-off) dan  51 jengkaut dengan kekuatan 767 petugas," menurutnya.

KDEBWM menjelaskan akan terus berusaha untuk mempercepatkan proses pembersihan pascabanjir di Selangor.

Sebelum ini, agensi pengendali sisa pepejal itu memaklumkan operasi pembersihan pascabanjir telah dimulakan Jumaat lalu di beberapa kawasan terjejas antaranya Hulu Langat, Puchong, Meru, Semenyih dan Kampung Bestari Jaya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.