ad
SELANGOR

Laluan keluar masuk Plaza Tol Shah Alam boleh dilalui

22 Dis 2021, 4:35 AM
Laluan keluar masuk Plaza Tol Shah Alam boleh dilalui

SHAH ALAM, 22 DIS: Semua laluan keluar masuk Plaza Tol Shah ALam dekat Seksyen U8 Bukit Jelutong di sini sudah boleh dilalui kenderaan sejak 10 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor berkata awal pagi tadi, beberapa lorong plaza tol berkenaan ditutup kerana dinaiki air, lapor Berita Harian.

"Kawasan lain masih dalam keadaan baik, hujan juga sudah reda dan plaza tol berkenaan kini sudah boleh dilalui," kata Norazam Khamis ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, sebahagian jalan ke plaza tol berkenaan tidak boleh dilalui selepas dinaiki air berikutan hujan lebat melanda Shah Alam sekitar jam 4 pagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.