ad
AGENDA

Mangsa banjir dapat rebat air sebulan, usahawan Hijrah terima moratorium

21 Dis 2021, 8:05 AM
Mangsa banjir dapat rebat air sebulan, usahawan Hijrah terima moratorium
Mangsa banjir dapat rebat air sebulan, usahawan Hijrah terima moratorium
Mangsa banjir dapat rebat air sebulan, usahawan Hijrah terima moratorium

SHAH ALAM, 21 DIS: Kerajaan Negeri hari ini bersetuju mengecualikan bayaran bil air selama sebulan kepada semua pemegang akaun yang terkesan dengan banjir.

Perkara itu dimaklumkan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari dalam sidang media khas di pusat pentadbiran rasmi Kerajaan Negeri sebentar tadi.

"Saya berbincang dengan ketua pegawai eksekutif Pengurusan Air Selangor dan dia minta senarai untuk kenal pasti kawasan terjejas," katanya.

Beliau turut mengumumkan penangguhan bayaran pinjaman selama dua bulan kepada usahawan Hijrah Selangor yang terjejas akibat bencana itu dengan kesan kewangan RM15 juta.

Sebanyak 203 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah seluruh negeri bagi menempatkan 30,632 mangsa banjir setakat jam 8 pagi.

Hujan lebat luar biasa antara 17 hingga 19 Disember lalu, lebih dua kali ganda taburan tertinggi sebelum ini iaitu kira-kira 180mm, mengakibat banyak lokasi di negeri ini ditenggelami air.

Susulan itu, semua aset Kerajaan Negeri dan agensi persekutuan termasuk bomba, polis dan tentera dikerah bagi memindahkan mangsa ke tempat selamat selain mengagih barang keperluan asas.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.