ad
AGENSI

Banjir: Lapan kawasan alami gangguan operasi kutip sampah

20 Dis 2021, 3:44 AM
Banjir: Lapan kawasan alami gangguan operasi kutip sampah

SHAH ALAM, 20 DIS: Susulan banjir luar biasa yang melanda negeri ini Sabtu lalu, beberapa kawasan mengalami gangguan pengoperasian kutipan sisa pepejal.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) Ramli Mohd Tahir berkata daerah yang terlibat ialah Klang, Shah Alam, Kajang, Ampang Jaya dan Kuala Langat.

"Kerja kutipan sampah domestik dan pukal mengalami sedikit kelewatan dan kesukaran disebabkan

terdapat kawasan yang ditutup serta beberapa lori mengalami kerosakan ekoran bencana ini.

"Kami memohon agar penduduk untuk meletakkan sisa domestik di tong sampah atau kebuk sampah

manakala sampah pukal di hadapan rumah atau di tong roll-on-roll-off (RORO) yang disediakan," katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, operasi kutipan akan dijalankan secara beransur-ansur dan mungkin mengambil sedikit masa

untuk selesai.

"Untuk makluman, beberapa jalan ke tapak pelupusan masih ditutup menyebabkan proses pelupusan sampah turut mengalami kesukaran dan kelewatan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.