ad
AGENDA

KKM buat ujian RTK semua mangsa banjir di pusat pemindahan

19 Dis 2021, 9:07 AM
KKM buat ujian RTK semua mangsa banjir di pusat pemindahan

SHAH ALAM, 19 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melakukan saringan RTK Antigen kepada semua mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pasukan perubatan berskala besar juga disediakan bagi menangani isu berkaitan kesihatan mangsa banjir, lapor Berita Harian.

Langkah itu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin. Penempatan petugas kesihatan akan diperincikan oleh pihak KKM.

Beliau berkata, KKM juga akan memberikan pelitup muka kepada semua mangsa banjir.

"Penempatan petugas kesihatan akan diperincikan oleh pihak KKM sama ada secara tetap atau ada penggiliran," katanya pada sidang media di Pejabat Daerah dan Tanah Klang selepas melawat mangsa banjir, hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.