ad
AGENSI

Pemeriksaan kesihatan ibu bapa ada anak OKU bukti Selangor prihatin

17 Dis 2021, 2:03 AM
Pemeriksaan kesihatan ibu bapa ada anak OKU bukti Selangor prihatin
Pemeriksaan kesihatan ibu bapa ada anak OKU bukti Selangor prihatin

BANTING, 17 DIS: Program pemeriksaan kesihatan kepada ibu bapa yang mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) bukti Kerajaan Selangor prihatin kebajikan golongan itu.

Pengerusi Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor berkata ini kerana menjaga anak OKU bukan mudah, sudah tentu memerlukan tahap kesihatan yang baik.

"Kami menyambut baik inisiatif yang diumum Dato' Menteri Besar (Dato' Seri Amirudin Shari)...ini bukti Kerajaan Selangor cakna bukan hanya kebajikan OKU sebaliknya penjaga turut mendapat perhatian.

[caption id="attachment_500128" align="alignright" width="485"] Pengerusi Persatuan Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal Selangor S Murugaiyah @ Mr Jeevah. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Menjaga anak OKU bukannya mudah ia memerlukan kesabaran malahan kesihatan juga harus dijaga," kata S Murugaiyah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Kebajikan Lestari Selangor 2021 di Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Selangor di sini semalam.

Menerusi Belanjawan Selangor 2022, Kerajaan Selangor mengumumkan Program Khas Pemeriksaan Kesihatan diwujudkan khusus untuk golongan ibu bapa anak OKU.

Inisiatif itu bertujuan menjaga kebajikan ibu bapa (yang mempunyai kad OKU) dalam aspek kesihatan supaya dapat terus memberikan penjagaan yang sebaiknya kepada anak mereka.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.