ad
AGENDA

PRN Sarawak: Lebih 20,000 tentera, polis undi awal pagi ini

14 Dis 2021, 12:32 AM
PRN Sarawak: Lebih 20,000 tentera, polis undi awal pagi ini

KUCHING, 14 Dis (Bernama) -- Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan bermula 7.30 pagi ini.

Ia melibatkan 12,585 anggota dan pegawai tentera serta pasangan, dan 10,458 anggota serta pegawai polis dan pasangan.

Pengundian itu dijangka dilaksanakan sehingga 5 petang ini.

Sejumlah 349 calon bersaing dalam PRN12 dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh pengundian pada Sabtu ini.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.