ad
AGENDA

Lebih 2.7 juta remaja lengkap vaksin

8 Dis 2021, 2:42 AM
Lebih 2.7 juta remaja lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Seramai 2,726,684 individu atau 86.6 peratus populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, seramai 2,833,870 individu atau 90 peratus golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa, 22,734,488 individu atau 97.1 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 23,058,008 atau 98.5 peratus dalam kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu bagi vaksinasi harian sebanyak 124,499 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,538 dos pertama dan 6,538 dos lengkap serta 113,423 individu menerima dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,326,199 dos.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.