ad
AGENDA

Sumbangan komputer lancarkan pembelajaran sekolah Kafa-i

7 Dis 2021, 11:55 PM
Sumbangan komputer lancarkan pembelajaran sekolah Kafa-i
Sumbangan komputer lancarkan pembelajaran sekolah Kafa-i

HULU SELANGOR, 8 DIS: Pemberian komputer memudahkan pihak sekolah Kelas al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (Kafa-i) menjalankan sesi pembelajaran dalam talian.

Wakil guru Kafa-i Kampung Batu 30 Haslinda Sapian berkata sumbangan tiga unit komputer melegakan pihak sekolah memandangkan kemudahan sedia ada semakin usang.

"Terima kasih oleh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI berikan tiga unit komputer.

[caption id="attachment_498843" align="alignright" width="455"] Guru Kafa Integrasi Kampung Batu 30, Haslinda Sapian[/caption]

"Insya-Allah sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu memudahkan urusan guru dan murid dalam pendidikan," katanya.

Beliau ditemui SelangorKini pada Majlis Penyerahan Komputer Kepada Sekolah Kafa-i di Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu di sini semalam.

Ketua Guru Kafa-i Sungai Tengi Selatan Siti Zabedah Muklas pula berharap program dapat diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak sekolah menerima bantuan.

"Meskipun pembelajaran Kafa lebih menumpukan kepada al-Quran tetapi melalui komputer juga kita boleh menerapkan ilmu pendigitalan dalam kalangan murid," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.