ad
SELANGOR

Sultan Selangor berkenan ke pameran seni Pak Latiff

7 Dis 2021, 3:26 AM
Sultan Selangor berkenan ke pameran seni Pak Latiff

SHAH ALAM, 7 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke pameran seni ‘An Evening with Latiff Mohidin on his New Works’ di Kuala Lumpur.

Baginda sempat bertemu sendiri dengan Latiff Mohidin bersama penganjur pameran, Pengerusi Eksekutif The Edge Media, Tan Sri Tong Kooi Ong, menurut Facebook Selangor Royal Office.

Latiff Mohidin atau lebih dikenali sebagai Pak Latiff adalah antara pelukis dan pengkarya seni tempatan yang tersohor di mana karya-karya beliau sering menarik perhatian Baginda.

Antara karya Pak Latiff yang popular ialah Pago-Pago yang pernah dipamerkan di Paris dan Singapura.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.