ad
BERITA UTAMA

Bayar cukai taksiran MBSJ di Shopee, nikmati potongan 10 peratus

6 Dis 2021, 1:07 AM
Bayar cukai taksiran MBSJ di Shopee, nikmati potongan 10 peratus

SHAH ALAM, 6 DIS: Orang awam boleh melunaskan bayaran cukai taksiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menerusi aplikasi Shopee dan nikmati potongan 10 peratus.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan tawaran berkenaan bermula sejak 1 Disember lalu sehingga 28 Januari tahun depan.

"Dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti dalam bandar raya ini, MBSJ berkolaborasi bersama Shopee Malaysia dengan memberi ganjaran potongan sebanyak 10 peratus.

"Potongan ini boleh dinikmati melalui kaedah muat turun aplikasi Shopee dan mendaftar sebagai ahli My@MBSJ," maklum PBT itu.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh mengimbas kod QR yang tertera untuk mendapat maklumat berkenaan inisiatif itu atau layari portal rasmi MBSJ di http://www.mbsj.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.