ad
AGENDA

Lima syarikat terkemuka sertai projek Gerbang Maritim Selangor

29 Nov 2021, 1:00 PM
Lima syarikat terkemuka sertai projek Gerbang Maritim Selangor

SHAH ALAM, 29 NOV: Lima syarikat terkemuka bekerjasama menjayakan Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) dikendalikan anak syarikat milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Dato' Menteri Besar berkata syarikat terlibat ialah Nestle (Malaysia) Berhad; Westports Malaysia Sdn Bhd; Dutch Lady Milk Industries Bhd; Berjaya Land Berhad dan The Ocean Cleanup.

Dalam sesi memperkenalkan syarikat tersebut, Dato' Seri Amirudin Shari berkata kolaborasi melibatkan syarikat terbabit mampu merealisasikan hasrat Selangor untuk melestarikan Sungai Klang.

"Projek SMG bukan sahaja melibatkan pembersihan sungai dan pembangunan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer, tetapi tanah seluas 600 ekar yang boleh dibangunkan pada masa akan datang dalam masa sama mengekal dan mengawal persekitaran.

"Oleh sebab itu, idea kepelbagaian hayat (biodiversity) seperti penanaman bakau di pelabuhan utara, pembersihan sungai, ekonomi kitaran dan projek pemulihan plastik dikumpulkan dalam projek SMG," katanya di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Amirudin juga menyifatkan kolaborasi kendalian Landasan Lumayan Sdn Bhd itu dapat meningkatkan dan menaikkan kualiti Sungai Klang.

Projek SMG adalah inisiatif Kerajaan Selangor yang memfokuskan kepada penjanaan semula Sungai Klang membabitkan kawasan seluas 35,612 hektar.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.