ad
AGENDA

Peruntuk RM1.25 juta bantu anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19

26 Nov 2021, 8:24 AM
Peruntuk RM1.25 juta bantu anak kehilangan ibu bapa akibat Covid-19

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukkan sumbangan kewangan berjumlah RM1.25 juta kepada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat Covid-19.

Dato' Menteri Besar berkata sumbangan RM500 bagi setiap penerima itu dijangka memberi manfaat kepada 2,500 anak yatim di seluruh Selangor.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa merupakan antara golongan paling terkesan akibat pandemik.

"Saya telah menziarahi beberapa keluarga di mana kedua-dua ibu dan bapa menjadi mangsa Covid-19 dan anak-anak mereka dalam situasi ketidaktentuan," katanya ketika membentangkan Belanjawan #Selangor 2022 pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Kerajaan Negeri juga akan membantu menyelaras dengan agensi seperti Jabatan Kebajikan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor serta unit-unit lain bagi tujuan pengurusan harta pusaka, penjagaan anak-anak, serta bantuan kesihatan emosi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.