ad
BERITA UTAMA

PBT siap siaga hadapi banjir, tanah runtuh akibat peralihan monsun

24 Nov 2021, 5:00 AM
PBT siap siaga hadapi banjir, tanah runtuh akibat peralihan monsun
PBT siap siaga hadapi banjir, tanah runtuh akibat peralihan monsun

SHAH ALAM, 24 NOV: Pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini bersedia hadapi fasa peralihan monsun yang berisiko menyebabkan masalah banjir dan tanah runtuh, kata EXCO kerajaan tempatan.

Ng Sze Han berkata selain keperluan peralatan, majlis turut memastikan semua dewan masyarakat dalam keadaan baik dan boleh berfungsi untuk dijadikan pusat pemindahan sementara.

[caption id="attachment_488433" align="alignleft" width="347"] Ng Sze Han[/caption]

"Skuad Pantas yang menjadi pasukan sokongan akan mengendalikan kes kecemasan dan bencana di setiap PBT juga bersiap siaga untuk digerakkan ke kawasan terjejas.

"Saya harap semua pihak dapat menggembleng tenaga bersama-sama berdepan fasa ini serta membantu mangsa banjir," katanya kepada SelangorKini hari ini.

Kelmarin, hujan lebat lebih tiga jam di Lembah Klang menyebabkan kawasan sekitar Ampang, Hulu Langat dan Gombak dilanda banjir kilat sehingga mencecah ketinggian 1.5 meter.

Susulan itu Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan PBT, KDEB Waste Management bersama pusat khidmat dan penyelaras DUN memberi bantuan kecemasan serta perpindahan.

Manakala Team Selangor dan Sukarelawan Selangor (SERVE) membantu mangsa membersihkan rumah dan persekitaran.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.