ad
AGENDA

Usah takut, lapor segera SPRM jika disogok

16 Nov 2021, 7:53 AM
Usah takut, lapor segera SPRM jika disogok
Usah takut, lapor segera SPRM jika disogok

SHAH ALAM, 16 NOV: Pegawai penguat kuasa atau mana-mana individu yang disogok digesa melaporkan segera kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Selangor Dato' Alias Salim berkata mereka yang berbuat demikian akan menerima insentif dalam kadar tertentu.

[caption id="attachment_495659" align="alignleft" width="411"] Pengarah SPRM Selangor Dato' Alias Salim berucap ketika Sambutan Hari Integriti MBSA di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam pada 16 November 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

"Pegawai penguat kuasa yang ditawar rasuah boleh melaporkan kepada SPRM kerana mungkin dalam keadaan tertentu mereka yang disogok lemah integriti menyebabkan terpaksa menerima rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Integriti di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini hari ini.

Alias turut memuji program dilaksana MBSA itu yang disifatkan mampu memberi kesedaran kepada penjawat awam dan berharap Ikrar Bebas Rasuah itu dimanfaatkan sepenuhnya.

Pada majlis sama, turut diadakan bacaan Ikrar Bebas Rasuah yang disertai oleh 700 kakitangan MBSA dan dibacakan Datuk Bandar Zamani Ahmad Mansor sambil disaksikan Alias.

Usaha itu bagi membentuk penjawat awam yang telus tanpa menyalah guna kuasa selain mengelak terlibat jenayah rasuah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.