ad
AGENDA

MB santuni pemuzik jalanan, penarik beca di Jonker Walk

15 Nov 2021, 3:10 AM
MB santuni pemuzik jalanan, penarik beca di Jonker Walk

BANDAR HILIR, 15 NOV: Dato' Menteri Besar meluangkan masa menyelami isi hati penarik beca dengan menyusuri laluan sekitar Jonker Walk di sini.

Selain sempat menaiki beca, Dato' Seri Amirudin Shari juga meninjau persembahan seni antaranya pemuzik jalanan dan 'Golden Man' di sekitar laluan tersebut.

Dalam lawatan kira-kira 40 minit, Amirudin sempat beramah mesra dan mendengar luahan golongan tersebut yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.

Sebelum itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor menikmati makan malam di gerai capati tepian Pulau Gadong pada jam 8 malam.

Kunjungan pada malam tadi antara aktiviti lawatan ke Melaka bagi membantu persiapan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN).

Amirudin memulakan lawatan turun padang semalam bertemu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek Mohd Rafee Ibrahim di Warung Reformasi.

Beliau kemudian makan bersama nelayan di Pengkalan Nelayan Sungai Kertah di kawasan DUN Tanjung Bidara sebelum menunaikan solat Zohor di Masjid Al Jawahir, seterusnya menghadiri minum petang di DUN Lendu pada jam 3.30 petang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.