ad
BERITA UTAMA

MPS tawar diskaun RM10 kompaun letak kereta berbayar

14 Nov 2021, 2:16 AM
MPS tawar diskaun RM10 kompaun letak kereta berbayar
MPS tawar diskaun RM10 kompaun letak kereta berbayar

SHAH ALAM, 14 NOV: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menawarkan diskaun kompaun letak kereta berbayar sebanyak RM10 sepanjang November ini.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan bayaran boleh dibuat di Ibu Pejabat MPS, kaunter bergerak dan aplikasi FlexiParking dan Smart Selangor Parking.

"Bermula 1 hingga 30 November, MPS akan menawarkan pengurangan bayaran kompaun letak kereta sebanyak RM10.

"Kepada anda yang mempunyai kompaun letak kereta yang tertunggak, rebut peluang ini untuk menjelaskan kompaun tersebut," tulisnya di Facebook.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Suasa Efektif Sdn Bhd di talian 03-6127 7595 atau Jabatan Perundangan MPS di talian 03-6126 5800 / 5881 / 5882.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.