ad
ADN

Peta mudahkan pelawat tinjau lokasi, menu popular Sungai Pelek

9 Nov 2021, 8:55 AM
Peta mudahkan pelawat tinjau lokasi, menu popular Sungai Pelek

SEPANG, 9 NOV: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek menyediakan peta pelancongan khusus bagi kemudahan pengunjung ke lokasi menarik di situ.

Inisiatif wakil rakyatnya Ronnie Liu meliputi Kampung Buah Naga, Pantai Bagan Lalang selain aktiviti teroka dan memancing di Sungai Sepang.

Beliau berkata peta Sepang-Sungai Pelek-Salak menyasarkan pelawat yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sekitar Tanjung Sepat.

“Kehadiran lebih ramai pengunjung membantu meningkatkan pendapatan penggiat industri pelancongan dan pengusaha seperti kerepek dan restoran,” katanya berharap lebih banyak hotel dibina di situ.

Kemudahan itu dirasmikan EXCO Pelancongan Hee Loy Sian di Avani Sepang Goldcoast Resort hari ini.

Sementara itu, Loy Sian memaklumkan peta tersebut turut dilengkapi lokasi makanan popular dan tempat tinggal untuk rujukan interaktif pelancong.

"Peta ini juga dapat memperkenal lebih dekat sesebuah kawasan dengan pelancong,” katanya.

Peta itu boleh didapati secara percuma di lokasi pelancongan bawah Tourism Selangor dan beberapa daerah seperti Sekinchan serta Kuala Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.