ad
ADN

Kawal Covid-19, DUN Kajang agih 2,000 kit ujian kendiri

9 Nov 2021, 1:00 AM
Kawal Covid-19, DUN Kajang agih 2,000 kit ujian kendiri

SHAH ALAM, 8 NOV: Sebanyak 2,000 kit ujian kendiri Covid-19 diedarkan secara percuma kepada golongan sasar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Wakil rakyatnya berkata kit tersebut diagihkan berperingkat bermula 8 Oktober lalu sehingga akhir tahun ini kepada penganjur pasar pagi dan malam, persatuan teksi serta Persatuan Peniaga Usahawan Melayu Selangor.

Menurut Hee Loy Sian, inisiatif sendiri berjumlah RM10,000 dan Kerajaan Selangor turut memanfaatkan keluarga berpendapatan rendah (B40) di pangsapuri dan flat selain masjid, surau serta tokong.

"Kit ini membolehkan mereka mengesan sama ada dijangkiti wabak atau sebaliknya sekali gus mengurangkan penularan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar berkata sebanyak 60,000 kit ujian kendiri diagih kepada keluarga dijangkiti Covid-19 di seluruh negeri ini bermula September.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan agihan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat dan pejabat penyelaras DUN.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.