ad
ADN

Lulus peruntukan RM5,000 bantu baik pulih medan selera

5 Nov 2021, 4:00 AM
Lulus peruntukan RM5,000 bantu baik pulih medan selera

SHAH ALAM, 5 NOV: Wakil rakyat Sungai Ramal meluluskan peruntukan RM5,000 bagi kerja membaik pulih Medan Selera Kampung Teras Jernang di Bandar Baru Bangi, Hulu Langat.

Mazwan Johar berkata premis beroperasi sejak tiga tahun lalu itu mengalami kerosakan dan penyelenggaraannya tidak dapat dilakukan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

"Situasi itu menyebabkan perancangan melengkapkan kemudahan asas dari semasa ke semasa tidak dapat dilaksanakan akibat tiada penyewa mampu membayar sewa dalam tempoh pandemik Covid-19.

"Susulan itu kami luluskan peruntukan RM5,000 kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Teras Jernang untuk melaksana kerja baik pulih dan melengkapkan kemudahan," katanya di Facebook semalam.

Mazwan berharap sumbangan itu dapat menambah baik kemudahan di medan selera berkenaan untuk keselesaan peniaga dan pengunjungnya.

"Saya juga berharap pendapatan peniaga di medan selera itu dapat digandakan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.