ad
BERITA UTAMA

Belanjawan 2022 diharap kekalkan Bas Smart Selangor, dapat sambutan rakyat

5 Nov 2021, 12:05 AM
Belanjawan 2022 diharap kekalkan Bas Smart Selangor, dapat sambutan rakyat

PUCHONG, 5 NOV: Belanjawan 2022 diharap dapat mengekalkan peruntukan pengangkutan awam membabitkan Bas Smart Selangor.

EXCO Pengangkutan Awam Ng Sze Han berkata perkhidmatan itu mendapat permintaan dan sambutan baik daripada rakyat.

"Projek ini (Bas Smart Selangor) sangat berjaya dan disambut baik oleh penduduk di Selangor.

"Saya juga berharap belanjawan yang dibekalkan nanti akan menumpukan bagaimana memulihkan ekonomi khususnya golongan B40," katanya.

Beliau ditemui selepas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Puchong Indah semalam.

Pada 8 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi sesi taklimat Belanjawan 2022 memaklumkan semua Ahli Dewan Undangan (ADN) dan pimpinan komuniti Selangor terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2022.

Pembentangan Belanjawan Selangor akan dilaksanakan pada 26 November dan dibahas dalam tempoh seminggu sebelum diluluskan pada Disember.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.