ad
AGENDA

Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin

3 Nov 2021, 3:32 AM
Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Seramai 22,393,720 individu atau 95.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, sejumlah 22,885,170 individu atau 97.8 peratus pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 122,142 dos vaksin harian diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,306,343 dos.

Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam seramai 2,171,270 individu atau 69 peratus telah lengkap menerima suntikan vaksin manakala 83.2 peratus atau 2,619,573 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 Sept.

Dalam pada itu, sejumlah 56,493 dos penggalak vaksin Covid-19 diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 407,607 dos.

-BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.