ad
AGENDA

Sumbang kit ujian kendiri hargai remaja terima vaksin negeri

31 Okt 2021, 7:30 AM
Sumbang kit ujian kendiri hargai remaja terima vaksin negeri
Sumbang kit ujian kendiri hargai remaja terima vaksin negeri

KLANG, 31 OKT: Wakil rakyat Pandamaran menyumbangkan 1,000 kit ujian kendiri Covid-19 dan 4,000 pelitup muka kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Remaja di sini, hari ini.

Leong Tuck Chee berkata pemberian itu sebagai menghargai kehadiran remaja berusia 12 hingga 17 tahun terbabit untuk menerima suntikan pelalian berkenaan.

“Pada masa sama kit ujian kendiri dan pelitup muka itu juga sebagai usaha memutuskan penularan wabak,” katanya ditemui pada program Selvax Remaja Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran di sini, hari ini.

[caption id="attachment_493805" align="alignleft" width="386"] Wakil rakyat Pandamaran, Leong Tuck Chee mengedarkan kit ujian kendiri Covid-19 dan pelitup muka kepada penerima ketika program Selvax Remaja DUN Pandamaran di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 31 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Tuck Chee berkata sebanyak 1,000 dos disediakan dalam program itu dan sambutan mengalakkan dengan ada peserta menunggu seawal jam 8 pagi.

“Ketika proses pra pendaftaran kami terima 200 permohonan tetapi setakat jam 11 hari ini, lebih 300 remaja sudah disuntik.

“Kehadiran ramai ini mungkin memandangkan ibu bapa cenderung anak mereka mendapat suntikan vaksin jenis Sinovac kerana kesan sampingannya kurang,” katanya.

Sekurang-kurangnya 10,000 remaja disasar menerima vaksin Covid-19 melalui Selvax Remaja yang bermula 24 Oktober.

Pada 7 Oktober, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan Selvax diperluas kepada remaja melibatkan 150,000 dos pelalian selepas dipersetujui Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, Selangor melancarkan Selvax Komuniti dan Selvax Industri bagi melengkapkan dan mempercepat proses suntikan pelalian penduduk negeri ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.