ad
BERITA UTAMA

MPHS santuni 36 kakitangan India, serah sumbangan Deepavali

30 Okt 2021, 4:46 AM
MPHS santuni 36 kakitangan India, serah sumbangan Deepavali

SHAH ALAM, 30 OKT: Seramai 36 kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) beragama Hindu menerima sumbangan sempena sambutan Deepavali minggu depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu berkata pada program Ziarah Deepavali 2021, pihaknya menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan dan penyediaan bagi perayaan berkenaan.

"Yang DiPertua MPHS Mohd Hasry Nor Mohd meluangkan masa serta beramah mesra dengan kakitangan dan seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut," tulis PBT itu di Facebook.

Katanya, majlis tersebut turut dihadiri enam Ahli Majlis iaitu A Kanagarajah, S Murali, L Kamalesa Rao, A Durai, S Chinniah dan J Marina.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.