ad
AGENDA

Rangkaian 5G diperluas di Selangor, rapat jurang digital

29 Okt 2021, 10:04 AM
Rangkaian 5G diperluas di Selangor, rapat jurang digital

SHAH ALAM, 29 OKT:  Perkhidmatan rangkaian 5G akan diperluas kepada 36 peratus daripada kawasan kepadatan tinggi dibeberapa bandar utama termasuk Selangor.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata rangkaian 5G turut diperluas di Johor,  Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

"Bagi memastikan golongan penduduk di projek perumahan rakyat tidak ketinggalan, kerajaan juga memperuntukkan RM30 juta bagi menyediakan kemudahan internet di 40 projek perumahan rakyat (PPR) sedia ada.

"Penyediaan perkhidmatan 5G bakal melakar landskap teknologi baharu dan menawarkan pengalaman pengguna yang lebih baik," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Parlimen hari ini.

Tengku Zafrul berkata rangkaian 5G juga merapatkan jurang digital dan mencipta peluang pekerjaan baharu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.