ad
AGENDA

Lebih 2,000 peluang kerja ditawar menerusi Jelajah Selangor Bekerja esok

28 Okt 2021, 11:47 PM
Lebih 2,000 peluang kerja ditawar menerusi Jelajah Selangor Bekerja esok

SHAH ALAM, 29 OKT : Lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi Jelajah Selangor Bekerja yang akan diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) esok.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata sebanyak 19 majikan daripada syarikat ternama terlibat meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan aeroangkasa.

"Kita mengalu-alukan kehadiran penduduk sekitar Kuala Selangor mahupun luar kawasan itu hadir dan mengambil peluang disediakan Kerajaan Negeri ini.

"Program ini juga dianjur bagi membantu rakyat Selangor terutama mereka yang tiada pekerjaan di samping mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini," katanya kepada SelangorKini.

Menurutnya golongan graduan, penganggur dan individu kehilangan kerja segera mengambil peluang untuk menyertai program itu dengan mendaftar di laman sesawang www.selangorbekerja.com.my.

Lebih 25,000 peluang pekerjaan ditawarkan menerusi enam siri jelajah hingga 27 November depan.

Tarikh dan lokasi jelajah siri berikutnya adalah seperti berikut:

30 Oktober: Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Bandar Baru Kuala Selangor

6 November: Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu

13 November: Dewan Demesne, Hulu Langat

20 November: Dewan Meranti Bandar Baru Sungai Buloh

27 November: Dewan Jubli Perak, SUK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.