ad
AGENDA

Naik taraf Sungai Langat dijangka siap pertengahan November

27 Okt 2021, 1:06 AM
Naik taraf Sungai Langat dijangka siap pertengahan November

KAJANG, 27 OKT: Projek menaik taraf Sungai Langat bagi mengatasi isu banjir dijangka selesai sepenuhnya pertengahan November ini sejak dimulakan tiga bulan lalu.

Ahli Dewan Negeri Balakong Wong Siew Ki memaklumkan projek bernilai RM1.18 juta itu berjalan mengikut jadual hasil kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Langat.

"Kita percaya kerja penstabilan tebing dan pendalaman sungai ini bakal melegakan lebih 50,000 penduduk sekitar Bandar Kajang dan Sungai Chua apabila siap nanti.

"Malah, kita nampak projek ini telah menunjukkan perkembangan yang agak baik kerana kawasan terbabit tidak dilanda banjir meskipun taburan hujan mencapai 116 milimeter minggu lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyerahan kad modul pengenalan pelanggan (SIM) sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI di pejabat pusat khidmatnya di sini semalam.

Siew Ki turut berterima kasih kepada jabatan berkaitan kerana bekerja keras bagi menyempurnakan projek terbabit.

"Saya menghargai usaha mereka yang turut membantu memohon peruntukan untuk menjalankan projek berkenaan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.