ad
ADN

Komuniti India di Ampang terima hamper sempena Deepavali

25 Okt 2021, 8:01 AM
Komuniti India di Ampang terima hamper sempena Deepavali

SHAH ALAM, 25 OKT: Sejumlah keluarga berbangsa India di Jalan Ikan Emas, Ampang Campuran, Ampang menerima hadiah hamper sempena sambutan Deepavali awal bulan depan.

Penyelaras Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata hamper yang diberi berupa tepung muruku dan tepung kuih tradisional India yang lain.

"Yang menggembirakan saya, senyuman para penerima yang begitu gembira walaupun hamper yang diberikan tidaklah begitu lumayan atau mahal harganya.

"Namun senyuman mereka itu lebih mahal dari harga hadiah yang diberi oleh kami," katanya menerusi Facebook.

Lawatan melawat rumah ke rumah itu disertai Ahli Majlis Zon 11 A Ragunathan bersama jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 11.

Rodziah turut berharap program seumpama itu diteruskan pada setiap perayaan budaya di negara ini agar jurang perbezaan budaya kaum dapat didekatkan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.