ad
AGENDA

Kawasan pelancongan air terjun di Yan tidak selamat dikunjungi

24 Okt 2021, 10:17 AM
Kawasan pelancongan air terjun di Yan tidak selamat dikunjungi

SHAH ALAM, 24 OKT: Kawasan pelancongan air terjun di Titi Hayun, Batu Hampar dan Sungai Perigi dekat Yan belum selamat dikunjungi orang ramai.

Exco kerja raya dan bekalan air Kedah berkata ia berikutan struktur muka buminya yang berubah akibat bencana pada 18 Ogos lalu, lapor Berita Harian.

Susulan itu, Datuk Suraya Yaacob menggesa pembinaan empangan sabo di kaki Gunung Jerai perlu disegerakan sebagai pengganti penampan semula jadi seperti pokok dan batu.

"Empangan sabo mampu bertindak melambatkan pergerakan air dari Gunung Jerai, seterusnya mengurangkan kemusnahan sekitar kaki gunung dan kawasan yang didiami penduduk.

"Justeru kita menggesa kerajaan melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) agar mempercepatkan pembinaan empangan sabo berkenaan," katanya.

Dalam kejadian 18 Ogos lalu, enam orang terkorban dalam kejadian banjir ekoran fenomena kepala air dari Gunung Jerai.

Sebanyak 800 rumah di sekitar Yan dan 200 rumah di Tupah, Kuala Muda terjejas akibat kejadian tersebut.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.