ad
AGENDA

94.5 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin takat semalam

24 Okt 2021, 2:00 AM
94.5 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin takat semalam

KUALA LUMPUR, 24 OKT: Sebanyak 22,126,379 atau 94.5 peratus kadar populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima vaksinasi COVID-19 setakat malam tadi (23 Okt), menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi portal COVIDNOW.

Dalam tempoh sama, sejumlah 97.4 peratus atau 22,808,491 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 113,547 dos suntikan vaksin telah diberikan semalam melibatkan 94,354 suntikan dos lengkap dan 11,016 suntikan dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 48,944,761.

Setakat semalam juga, sebanyak 1,533,774  atau 48.7 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap vaksin manakala 80.9 peratus atau 2,547,162 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Selain itu, sejumlah 8,177 dos penggalak vaksin COVID-19 (booster) diberikan semalam menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 93,151.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.