ad
AGENDA

Mahir guna telefon pintar mudahkan urusan di Mekah

20 Okt 2021, 3:49 AM
Mahir guna telefon pintar mudahkan urusan di Mekah

SHAH ALAM, 20 OKT: Mahir menggunakan telefon pintar antara persediaan yang perlu dibuat bakal jemaah selain mematuhi syarat menunaikan umrah.

Ia berikutan hampir setiap pergerakan di Mekah menggunakan aplikasi untuk mendaftar masuk, kata

ketua pegawai eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd.

Aktiviti termasuk tawaf dan solat fardu di masjid yang memerlukan jemaah menunjukkan permit serta kad vaksinasi pada telefon masing-masing, jelas Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.

"Kali ini banyak aktiviti di sana memerlukan penggunaan aplikasi, paling tidak pun para jemaah mesti ada peranti telefon pintar sendiri.

“Daripada segi penggunaannya, mungkin perlu dirujuk kepada orang yang lebih muda sekiranya tidak tahu menggunakan telefon," katanya seperti dilapor Astro Awani.

Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk memilih ejen pelancongan berlesen dan berdaftar dengan pihak berwajib bagi mengelakkan ditipu.

“Pilihlah yang ada lesen, kemudian kita perlu tengok penerbangan terus kerana gelembung perjalanan ini tidak boleh ada transit di mana-mana,” kata Ahmad Ruzman.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.