ad
AGENDA

Bomba buat penerbangan ihsan bawa lima kotak organ dari Melaka ke HKL

17 Okt 2021, 2:19 PM
Bomba buat penerbangan ihsan bawa lima kotak organ dari Melaka ke HKL

MELAKA, 17 OKT: Satu operasi penerbangan ihsan bagi membawa lima kotak organ manusia untuk kegunaan pesakit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) digerak menggunakan helikopter Agusta AW189 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka Abu Bakar Katain berkata penerbangan itu mengambil masa lebih sejam setelah pesawat berlepas dari LTAM pada 2.36 petang.

"Misi ini menggunakan ambulans udara bertujuan mempercepat penghantaran bagi menyelamatkan nyawa, menjamin integriti organ yang dipindahkan dan menjamin kualiti penghantaran organ," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata ambulans udara itu dikendalikan juruterbang Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hasrizal Kamaruzzaman dan pembantu juruterbang Penolong Kanan Penguasa Bomba Safri Rambli dari Pangkalan Udara JBPM Subang.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.