ad
AGENDA

91.4 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin

16 Okt 2021, 1:19 AM
91.4 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Kadar populasi dewasa di Malaysia yang lengkap menerima vaksin Covid-19 kini mencapai 91.4 peratus atau 21,399,802 setakat 11.59 malam tadi, meningkat 0.2 peratus berbanding 91.2 peratus, pada Khamis (14 Okt).

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan yang disiarkan di portal COVIDNOW, sebanyak 95.1 peratus populasi dewasa atau 22,260,137 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 174,732 dos vaksin diberikan melibatkan golongan dewasa dan remaja.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Feb lepas meningkat kepada 46,633,404.

Bagi kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 20.2 peratus atau 637,079 orang telah melengkapkan suntikan vaksin manakala 77.5 peratus atau 2,439,727 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK bagi golongan itu yang bermula sejak 8 Sept lepas.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.