ad
EXCO

Lebih 2,000 individu sertai program pembangunan usahawan India Selangor

15 Okt 2021, 9:18 AM
Lebih 2,000 individu sertai program pembangunan usahawan India Selangor

SHAH ALAM, 15 OKT: Lebih 2,000 peserta terlibat dengan Program Pembangunan Usahawan India Selangor (Sitham) setakat ini, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata peserta terlibat dalam empat program keusahawanan iaitu latihan pembangunan usahawan, kursus kemahiran dan pembuatan, program bimbingan perniagaan (Grow) dan program bantuan peralatan perniagaan (Geran).

"Kita telah membuka penyertaan baharu pada Mac lalu menerusi atas talian dan menerima lebih 700 permohonan.

"Pemilihan dilakukan dalam masa terdekat kerana program ini dapat mengisi peluang pekerjaan dan membuka bidang perniagaan sama ada secara bersendirian atau kerjasama antara peserta,"katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sijil penghargaan dan bantuan peralatan perniagaan di Foyer SUK hari ini.

Sitham dilancarkan pada September 2019 menumpukan usahawan India yang komited memajukan perniagaan dengan diberi bimbingan, geran dan peralatan perniagaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.