ad
AGENDA

Polis tutup sekatan jalan di sempadan negeri mulai tengah malam ini

10 Okt 2021, 2:40 PM
Polis tutup sekatan jalan di sempadan negeri mulai tengah malam ini

SHAH ALAM, 10 OKT: Polis akan menutup semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri seluruh negara, bermula tengah malam ini, kata Ketua polis negara.

Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata penutupan itu susulan pengumuman kerajaan membenarkan rentas negeri bermula esok.

Bagaimanapun, sekatan jalan raya di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Op Benteng serta cegah jenayah dan keselamatan dikekalkan.

"Meskipun tiada sekatan jalan raya di sempadan negeri, PDRM akan tetap menggerakkan pasukan tatacara operasi piawai (SOP) bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhi SOP.

"Pemeriksaan ini akan dijalankan pihak berkuasa secara rawak di lokasi tumpuan umum, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini perdana menteri mengumumkan kebenaran pergerakan rentas negeri kepada individu lengkap vaksin bermula esok.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran polis.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.