ad
AGENSI

Hampir semua lokasi pelancongan dibuka, taman eko rimba jadi pilihan ramai

10 Okt 2021, 1:08 PM
Hampir semua lokasi pelancongan dibuka, taman eko rimba jadi pilihan ramai

SHAH ALAM, 10 OKT: Hampir semua lokasi pelancongan di Selangor sudah dibuka kepada pengunjung sejak peralihan ke fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 1 Oktober lalu.

Pengurus komunikasi korporat Tourism Selangor berkata antara pilihan orang ramai ialah taman eko rimba.

"Taman eko rimba menjadi pilihan masyarakat melakukan aktiviti luar seperti ibu bapa membawa anak-anak berkhemah dan mendaki.

"Selain taman eko rimba, lokasi pelancongan lain yang sudah dibuka ialah Taman Tema Sunway Lagoon, i-City, Farm in the city, muzium, galeri seni dan perpustakaan,"kata Ahmad Nazri Tashriq Rahmat kepada SelangorKini.

Bermula 2 Oktober sepuluh taman eko rimba di negeri ini dibuka dan pengunjung perlu mematuhi tatacara operasi piawai (SOP).

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor memaklumkan laluan pendakian dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) pula dibuka kepada orang ramai mulai semalam.

Taman eko rimba itu di Sungai Gabai, Gunung Nuang, Sungai Congkak, Sungai Tekala dan Kota Damansara, Kanching, Komanwel, Templer, Sungai Tua dan Sungai Sendat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.