ad
AGENDA

Kuala Kubu Bharu diangkat sebagai kawasan warisan negara

10 Okt 2021, 12:07 AM
Kuala Kubu Bharu diangkat sebagai kawasan warisan negara

KLANG, 10 OKT: Kuala Kubu Bharu bakal didaftar sebagai kawasan warisan negara sekali gus menjadi tarikan baharu di Selangor, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata proses pendaftaran sedang dilakukan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

"Usaha ini sesuai dengan kapasiti dan imej bandar Kuala Kubu Bharu sebagai bandar terancang pertama di Malaysia. Aspek grid dan penyusunannya menjadi pemula kepada bandar-bandar moden di seluruh negara.

"Hal ini wajar dipertahankan dan dijaga untuk diperkenalkan kepada masyarakat sejarah kemodenan di Malaysia sebahagian besarnya diilhamkan pembentukan Kuala Kubu Bharu," katanya.

Beliau bercakap pada sesi taklimat Belanjawan Selangor 2022 membabitkan pimpinan komuniti Selangor di Hotel Wyndham di sini semalam.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri akan membuat rancangan khas di Kuala Kubu Bharu dan sedang menunggu prosesnya.

"Dijangka kawasan warisan Kuala Kubu Bharu ini mengambil masa setahun untuk dilengkapkan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.