ad
AGENDA

Permintaan udang kara tinggi, bantu lahir ramai usahawan

8 Okt 2021, 8:02 AM
Permintaan udang kara tinggi, bantu lahir ramai usahawan

HULU LANGAT, 8 OKT:  Permintaan tinggi terhadap udang kara dapat membantu melahirkan lebih ramai penternak terutama golongan muda, kata EXCO pertanian.

Jelas Ir Izham Hashim, harga pasaran udang kara pada masa ini mencecah RM75 sekilogram berbanding udang harimau RM30 sekilogram.

"Sekilo udang kara dianggarkan RM75 berbanding udang harimau RM30. Ini merupakan pencapaian baik dan beri peluang penglibatan anak muda.

"Projek ternakan ini akan diusahakan bersama, berkelompok dan mempunyai bahagian masing-masing selain mempunyai Internet Of Things (IOT)," katanya selepas melawat SMaju Ventures yang mengusahakan udang kara air tawar di sini semalam.

Sementara itu, Izham memaklumkan Kerajaan Negeri juga bercadang menambah bantuan terhadap usahawan udang kara.

"Kerajaan Negeri memberi bantuan RM75,000 kepada lima usahawan tahun lalu dan kini melihat kejayaan projek ternakan.

"Kita lihat jika mereka berjaya, tahun hadapan akan menambah jumlah penerima dan lebih ramai terlibat,"katanya.

Pada masa sama, Izham turut menggalakkan golongan petani muda yang mengusahakan tanaman cili fertigasi mempelbagaikan produk pengeluaran.

"Golongan muda tidak harus memfokuskan pengeluaran sahaja dan kepelbagaian produk ini adalah satu langkah yang baik.

"Usaha segelintir anak muda menjalankan tanaman cili fertigasi baik dan menyokong tindakan mereka memprosesnya menjadikan cili jeruk serta dipasarkan secara global,"katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.