ad
AGENDA

Fara Fauzana sertai Team Selangor gotong-royong pesisir Pantai Remis

3 Okt 2021, 1:36 PM
Fara Fauzana sertai Team Selangor gotong-royong pesisir Pantai Remis
Fara Fauzana sertai Team Selangor gotong-royong pesisir Pantai Remis

KUALA SELANGOR, 3 OKT: Penyampai radio popular Fara Fauzana menyertai program mengutip sampah sepanjang 500 meter di persisir Pantai Remis anjuran Team Selangor hari ini.

[caption id="attachment_490061" align="alignleft" width="251"] Pengacara dan penyampai radio, Farah Fauzana bercakap kepada media selepas bergotong-royong pada program Clean & Clear Beach Cleanup @ Pantai Remis, Kuala Selangor pada 3 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Fara, 39, berkata beliau secara sukarela menyertai aktiviti berkenaan memandangkan manfaatnya yang besar kepada alam sekitar.

“Saya ikut perkembangan Team Selangor di media sosial untuk mengetahui aktiviti dalam negeri. Saya lihat program ini sangat sesuai disamping saya juga merupakan anak Selangor.

“Jadi saya perlu manfaatkan aktiviti berkait negeri. Inisiatif Team Selangor ini juga sesuatu yang bagus dan memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya

Beliau ditemui pada Program Clean & Clear Beach Cleanup @Pantai Remis. Majlis dirasmikan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Majlis bermula 9 pagi hingga 12.30 tengah hari itu melibatkan kira-kira 100 sukarelawan terdiri dari ahli Team Selangor dan orang awam.

Program berkenaan merupakan siri pertama gotong royong pasukan terbabit di tempat awam dan dijangka sembilan lokasi lagi akan menjalani aktiviti sama sehingga Disember nanti.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.