ad
AGENDA

Univeriti awam perlu patuh arahan kurangkan 20 peratus yuran pengajian

3 Okt 2021, 8:58 AM
Univeriti awam perlu patuh arahan kurangkan 20 peratus yuran pengajian

KUALA LUMPUR, 3 OKT: Semua universti awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata arahan itu telah dikeluarkan kepada semua UA terlibat sebelum ini.

"Langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.

Terdahulu, beberapa media melaporkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.

Ia susulan kenaikan yuran sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.