AGENSI

MBSA hadkan waktu ziarah kubur Seksyen 21

2 Sep 2021, 7:15 AM
MBSA hadkan waktu ziarah kubur Seksyen 21
MBSA hadkan waktu ziarah kubur Seksyen 21

SHAH ALAM, 2 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menetapkan dua tempoh waktu setiap hari untuk aktiviti ziarah di tanah perkuburan Seksyen 21 di sini.

Berdasarkan perkongsian MBSA di Facebook memaklumkan aktiviti ziarah dihadkan antara jam 8 hingga 10 pagi dan 1 tengah hari hingga 3 petang.

Syarat perlu dipatuhi adalah pelawat mesti lengkap dua dos vaksin, tempoh lawatan tidak melebihi 20 minit dan hanya dua pelawat sahaja dibenarkan masuk.

MBSA turut memaklumkan tanah perkuburan Seksyen 21 merupakan pusat penerimaan jenazah pesakit Covid-19.

Justeru, tanah perkuburan akan ditutup antara jam 10 pagi hingga 1 tengah hari dan 3 hingga 7 petang bagi memudahkan pihak hospital menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.