ad
AGENDA

MB ucap tahniah kepada Wei Lun tambah koleksi pingat negara

1 Sep 2021, 1:55 PM
MB ucap tahniah kepada Wei Lun tambah koleksi pingat negara

SHAH ALAM, 1 SEPT: Dato' Menteri Besar mengucapkan tahniah kepada atlet Boccia negara, Chew Wei Lun yang menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negara di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, hari ini.

Dato'Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu membanggakan negara dengan menjadikan koleksi pingat negara terus bertambah.

"Sekalung tahniah buat wira negara, Chew Wei Lun yang telah berjaya merangkul pingat perak Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam acara Boccia kategori campuran individu BC1.

"Kejayaan diperolehi beliau di samping mempamerkan semangat juang yang tinggi, menambah satu lagi koleksi pingat negara untuk menjadikan jumlahnya tiga setakat ini. Malaysia bangga dengan anda!," katanya menerusi Facebook.

Petang tadi, Wei Lun menampilkan tentangan sengit kepada juara bertahan yang juga atlet nombor satu dunia dari Great Britain, David Smith sebelum tewas 2-4 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake.

Untuk rekod, ini adalah penampilan sulung Wei Lun di temasya Paralimpik dan penyertaan pertama Malaysia dalam sukan ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.