ad
PBT

MBSJ: Guna kemudahan taman awam dengan cermat sebaik dibuka 1 Okt

29 Sep 2021, 5:09 AM
MBSJ: Guna kemudahan taman awam dengan cermat sebaik dibuka 1 Okt

SHAH ALAM, 29 SEPT: Penduduk Subang Jaya diingatkan supaya menggunakan kemudahan di taman awam dengan cermat sebaik pembukaan semula pada 1 Oktober ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata kerja pembersihan di semua taman awam dijalankan melalui program taman selamat bersama Majlis Perwakilan Penduduk baru-baru ini untuk keselesaan.

"Penduduk perlu memelihara habitat haiwan dan dilarang memberi makan. Sekiranya terdapat masalah gangguan daripada haiwan, mereka diminta buat aduan kepada MBSJ untuk penyelesaian.

"Selain itu, penduduk harus menerapkan amalan kebersihan dan kerap mencuci tangan selain mengelak menyentuh muka dengan tangan," kata Noraini Roslan pada mesyuarat penuh MBSJ Bil.10/2021 secara maya hari ini.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa mengawal penjarakan fizikal antara satu sama lain ketika mengunjungi taman awam bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

"Semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan dan dilakukan secara individu dengan mematuhi penjarakan sekurang-kurangnya satu hingga tiga meter," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.