ad
ADN

60 rumah di Seksyen 4, 10 terjejas akibat banjir kilat

27 Sep 2021, 11:28 AM
60 rumah di Seksyen 4, 10 terjejas akibat banjir kilat

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kira-kira 60 rumah di Seksyen 4 dan 10 di sini terjejas berikutan banjir kilat yang melanda sekitar daerah ini petang semalam.

Sebanyak 20 rumah dinaiki air di Seksyen 4 manakala 40 lagi di Seksyen 10 dalam kejadian bermula jam 5.30 petang sebelum surut kira-kira jam 9 malam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda serius.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad  menziarahi sebahagian penduduk yang ditimpa musibah itu.

Pusat Khidmat Masyarakat Kota Anggerik turut menyalur bantuan bagi meringankan beban penduduk untuk membersihkan kediaman mereka.

"Kejadian di Seksyen 13 berpunca akibat limpahan dari Sungai Damansara, sungai itu sepatutnya didalamkan kerana tidak lagi mampu menampung air yang banyak," kata Najwan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.