ad
AGENDA

KKM benar suami temani isteri di bilik bersalin

27 Sep 2021, 8:11 AM
KKM benar suami temani isteri di bilik bersalin

KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Suami yang lengkap menerima dos vaksin Covid-19 akan dibenar menemani isteri yang bakal melahirkan anak dalam bilik bersalin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata selain itu suami juga perlu negatif ujian Covid-19 sebelum dibenarkan menemani isteri mereka.

"Saya telah minta Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah) untuk membenarkan bakal bapa yang lengkap divaksinasi dan menjalankan ujian Covid-19 dan negatif, untuk menemani isteri mereka dalam bilik bersalin," katanya dalam entri terbaru di laman Twitter rasminya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab permintaan seorang pengguna media sosial itu yang memohon agar golongan bapa yang lengkap divaksinasi dan keputusan ujian Covid-19 negatif, dibenarkan menemani isteri dalam bilik bersalin.

Entri Khairy itu kemudian dibalas oleh Dr Noor Hisham yang menyatakan: “Ya, akan laksanakan apa yang diperlukan.”

Sebelum ini hospital kerajaan tidak membenarkan suami untuk menemani isteri dalam bilik bersalin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas akibat penularan wabak Covid-19.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.