ad
PBT

MDHS, Pasaraya Segi Fresh sumbang bantuan makanan kepada 113 keluarga

25 Sep 2021, 3:24 AM
MDHS, Pasaraya Segi Fresh sumbang bantuan makanan kepada 113 keluarga

SHAH ALAM, 25 SEPT: Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) bekerjasama dengan Pasaraya Segi Fresh Kuala Kubu Bharu menyumbang beg makanan kepada 113 keluarga kurang berkemampuan terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Unit korporat pihak berkuasa tempatan (PBT) berkata sumbangan melalui program bank makanan 'jom kongsi rezeki' merangkumi barangan basah, bawang, ubi kentang, sayuran, mi kuning, kuetiau, kacang tanah, gula merah, epal dan oren.

"Program ini merupakan jalinan kerjasama dalam inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertujuan meringankan beban dan membantu masyarakat terjejas berikutan Covid-19.

"Fokus program ini juga bagi mencapai matlamat pembangunan mampan satu dan dua MDHS iaitu tiada kemiskinan serta sifar kelaparan," menurut PBT itu dalam kenyataan di Facebook.

Bantuan diserahkan Yang Dipertua MDHS Mohd Hasry Nor Mohd dan Pengurus Besar Syarikat Segi Value Holdings Sdn Bhd Fong Leong sambil disaksikan Orang Besar Daerah Hulu Selangor Yang Dimuliakan Raja Dato' Muzaffar Raja Redza.

Unit itu turut memaklumkan syarikat terbabit bersetuju memberi sebanyak 489 beg makanan kepada keluarga terjejas sekitar Pasaraya Segi Fresh di Batang Kali dan Bukit Sentosa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.