ad
ADN

Pusat seni kraf dibuka di Meru, pasar produk tempatan

24 Sep 2021, 12:56 AM
Pusat seni kraf dibuka di Meru, pasar produk tempatan

SHAH ALAM, 24 SEPT: Sebuah pusat seni kraf diwujudkan di Meru bagi mengumpul dan memasarkan produk tempatan, kata wakil rakyatnya.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata pusat berkenaan ditubuhkan dengan kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) Meru dan seorang pengusaha kraf dari Jalan Jambu.

"Kita juga sedang berusaha untuk membantu mereka yang terlibat bagi menambah pendapatan di samping memperkenalkan seni dan budaya kepada warga tempatan serta asing.

"Usaha ini mengangkat hasil seni warga Meru ke peringkat negara dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Menurut beliau, beberapa produk hasil kraf krusye atau mengait warga Meru berjaya memasuki pasaraya utama tahun lalu antaranya Isetan dan Suria KLCC.

Pereka kraf yang berminat boleh mendapatkan maklumat melalui platform berikut:

Telegram - https://t.me/pusatkhidmatrakyatdunmerun42

Facebook - PWB Meru N42

Instagram - https://instagram.com/pebs_dunmeru?utm_medium=copy_link

WhatsApp - https://chat.whatsapp.com/F23LJ58nTaqCBJFDEYPKvC

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.