ad
ADN

Lebih RM200,000 dibelanja bantu penduduk Taman Tampler terjejas

23 Sep 2021, 11:49 PM
Lebih RM200,000 dibelanja bantu penduduk Taman Tampler terjejas

SELAYANG, 24 SEPT: Lebih RM200,000 dibelanja bagi membantu keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer setakat ini.

Wakil rakyat Sany Hamzan berkata bantuan itu meliputi bakul makanan, perubatan, keperluan asas dan pendidikan seperti pemberian komputer riba atau tablet.

"Lebih RM200,000 telah dibelanjakan setakat ini...bantuan akan berterusan dari semasa ke semasa demi memastikan tiada penduduk di kawasan ini terputus bekalan asas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Taman Templer di Dataran Ilmu di sini semalam.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan setiap DUN menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Turut menerima peruntukan tambahan dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat ahli parlimen Pakatan Harapan berjumlah RM30,000.

Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.