ad
AGENDA

Rindukan anak dorong warga asing terima vaksin negeri

20 Sep 2021, 9:47 AM
Rindukan anak dorong warga asing terima vaksin negeri
Rindukan anak dorong warga asing terima vaksin negeri
Rindukan anak dorong warga asing terima vaksin negeri

PETALING JAYA, 20 SEPT: Mahu bertemu anak faktor pendorong seorang pekerja warga Indonesia menerima suntikan Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Pasar Sentosa, Seksyen 17 di sini, hari ini.

Fredi Indah, 26, berkata dia meninggalkan Medan, Indonesia tiga tahun lalu untuk bekerja di negara ini dan sejak itu tidak bertemu anak perempuannya yang ketika itu berusia tiga tahun.

[caption id="attachment_488291" align="alignleft" width="275"] Fredi Indah[/caption]

"Saya terlalu rindukan dia, saya percaya tidak lama lagi akan dibenarkan merentas ke luar negara bagi individu yang telah divaksin," katanya.

Katanya, sebelum ini dia tiada maklumat bagaimana cara mendapatkan vaksin, namun selepas dimaklumkan rakan sekerja dia sanggup datang ke program ini walaupun jarak tempat tinggalnya jauh iaitu di Puchong.

Sementara itu, petani, Fan Tiam Lee, 58, memaklumkan dia memperoleh kesedaran kepentingan vaksin selepas melihat ibunya dijangkiti Covid-19 sebelum ini.

[caption id="attachment_488292" align="alignright" width="303"] Fan Tiam Lee[/caption]

Menerusi bacaan, katanya, individu yang dijangkiti wabak akan mengalami kesan yang teruk namun ibunya cepat pulih dan hanya berada pada tahap satu kerana sudah dilengkapi vaksin.

"Sepatutnya enam bulan lalu saya sudah ambil vaksin tetapi kerana jauh saya tolak. Kali ini kerana dekat dengan rumah saya tidak boleh lepaskan peluang ini lagi," katanya.

Sebanyak 700 dos pelalian disediakan melalui Selvax bergerak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing, hari ini.

Wakil rakyatnya Rajiv Rishyakaran berkata seramai 300 individu selesai menerima suntikan dos pertama dengan sebahagian besarnya membabitkan pekerja asing.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.